Iman Panglima Darma

...

Jumat, 31 Agustus 2012

ternak ayam !!!


Ternakan ayam kampung
Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban. 
ayam-kampung-reban.jpg
Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

Potensi Penternakan Ayam Kampung Ori
http://shawnagrofarm.files.wordpress.com/2010/03/ayam-sabung.jpg?w=497&h=330
Penternakan ayam kampung ori secara serius sejak lebih setahun yang lalu mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Pada mulanya aku cuma ada 10 ekor induk yang aku beli pada umur sebulan lebih dari orang kampung aku…induk yang 10 ekor tu aku biarkan bertelur, mengeram dan membesarkan anak dengan sendiri.
Beberapa bulan lepas tu pulak, aku beli tambah lagi 10 ekor induk dari jiran rumah sewa aku, waktu tu aku menyewa rumah di Alor Setar.
Beberapa bulan yang lalu pulak, aku beli tambah lagi 20 ekor ayam betina jenis sabung. Sekarang aku ada lebih kurang 40 ekor induk.
Sekarang, telur-telur ayam tu dikutip tiap-tiap hari, dikumpul dan di masukkan ke dalam inkubator pada hari ke-5. Tunggu 21 hari, insyaALLAH menetas.
Sejak aku iklankan pasal anak ayam ni, memang ramai yang dok booking sampai ratus-ratus hingga ribu-ribu ekor sampai aku pun tak mampu nak supply anak-anak ayam tu kat depa.
http://shawnagrofarm.files.wordpress.com/2010/03/ayam-bangkok.jpg?w=497&h=372
Memang ayam kampung ori ni ada pasaran setiap masa sebab orang nak makan hari-hari. Hari-hari mau makan.
Untuk mencapai target dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin hangat, aku nak stop dulu penjualan anak ayam kampung ori ni sebab semua anak ayam yang dok ada ni aku nak bela sampai besar untuk buat induk. Bila induk dah banyak, dah beratus-ratus, baru boleh bertelur banyak, maka penetasan pun banyak. Bila dah banyak, aku akan supply semula anak-anak ayam ni kepada penternak-penternak yang berminat.
http://shawnagrofarm.files.wordpress.com/2010/03/anak-ayam.jpg?w=497&h=372
InsyaALLAH, mungkin hujung tahun ni, aku boleh supply hingga ribu-ribu ekor pada satu-satu masa.

0 komentar:

Posting Komentar